Open Distance Learning (ODL)
Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL) sedang merancang gerak kerja bagi pelaksanaan ODL di UPNM. Di antara keperluan utama untuk menjalankan ODL adalah mengenal pasti program pengajian yang mempunyai kebolehpasaran yang luas. Program ODL ini akan dijalankan sebanyak 80% hingga 100% secara dalam talian di mana kaedah ini memberikan kelebihan pembelajaran bila-bila masa dan di mana sahaja pelajar berada.
Bengkel Pelaksanaan Open and Distance Learning (ODL)
Pada 31 Mei 2024 (Jumaat), satu bengkel pelaksanaan Open and Distance Learning (ODL) telah diadakan di Bilik Sipadan, Pusat Marin UPNM. Bengkel ini terdiri daripada tiga sesi yang bertujuan untuk memberikan pemahaman dan perancangan berkenaan ODL di UPNM. Sesi pertama bertajuk "Pengenalan dan Perancangan berkenaan ODL di UPNM" telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nrshahriah binti Abdul Wahab, Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran. Sesi kedua diteruskan dengan tajuk "Pembentangan Statistik Program-Program Pascasiswazah Sarjana Kerja Kursus di UPNM," yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Aidy bin Ali, Dekan Pusat Pengajian Siswazah.
Sesi ketiga, yang merupakan sesi terakhir, bertajuk "Kaedah Pelaksanaan Program ODL" dan dibentangkan oleh Dr. Anas bin Tajudin, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Universiti Islam Melaka (UNIMEL). Bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya dan memberikan manfaat yang besar kepada semua peserta. Para peserta bukan sahaja mendapat pencerahan tentang konsep dan perancangan ODL, tetapi juga memahami statistik dan prestasi program-program pascasiswazah, serta kaedah pelaksanaan program ODL yang efektif. Dengan adanya bengkel ini, diharapkan pelaksanaan ODL di UPNM akan menjadi lebih terarah dan berjaya mencapai matlamat yang diharapkan.

Benchmarking Open Distance Learning (ODL) Bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Satu sesi perbincangan Benchmarking ODL bersama wakil Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah diadakan secara dalam talian pada 16 November 2023. Perbincangan tersebut melibatkan wakil daripada UPNM iaitu CTL, Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd) dan Pusat Pengajian Siswazah (PPS). Tujuan utama sesi perbincangan ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak UTM bagi memberi pendedahan kepada UPNM dalam memastikan arah serta gerak kerja ODL di landasan yang tepat serta untuk mendapatkan nasihat bagi memastikan pihak UPNM dapat menjalankan program ODL dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Lawatan Penanda Aras Open Distance Learning (ODL) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke Universiti Sains Malaysia (USM).
Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari, mengkaji dan menjalinkan kolaborasi berkenaan pelaksanaan program Open Distance Learning (ODL) yang ditawarkan oleh USM. Selain itu, YBhg Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah membuat lawatan ke learning space yang terdapat di USM.

Perbincangan Berkaitan OpenDistance Learning (ODL) Bersama Open Learning Open Learning dan World Business Affairs.
UPNM melalui CTL telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama dua syarikat iaitu Open Learning dan World Business Affairs pada 13 Oktober 2023. Antara tujuan utama adalah bagi membincangkan berkenaan penawaran program / kursus yang sedia ada di UPNM untuk ditawarkan secara dalam talian bagi menarik lebih ramai yang berminat untuk mengikuti pembelajaran dalam talian sama ada di dalam mahupun luar negara. Selain itu, wakil syarikat juga turut menawarkan kursus-kursus / latihan yang diiktiraf oleh badan professional untuk ditawarkan kepada pelajar serta kakitangan UPNM.