Bengkel 2024
Taklimat Pembelajaran Teradun Gantian (PTG)
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Norshahriah Binti Abdul Wahab, Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL) UPNM. CTL juga telah menjemput penceramah daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Dr. Mohd Hafiz Abu Hassan, Timbalan Pengarah, Bahagian Inovasi dan ePembelajaran, Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL).


Bengkel Majlis Ketua-Ketua e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MeIPTA) ke 58
Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL) telah menghadiri Bengkel Majlis Ketua-Ketua e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MeIPTA) ke 58 pada 5 dan 6 Februari 2024 di Dewan Senat Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM dan YBhg. Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM.






Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik e-Pembelajaran Universiti Awam/IPTS
Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL) bersama wakil Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) telah menghadiri Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik e-Pembelajaran Universiti Awam/IPTS pada 5 Februari 2024 bertempat di Bilik Seminar Perpustakaan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Mesyuarat MEIPTA Bil 1/2024.
Pasukan Teknikal e-Pembelajaran Universiti Awam/IPTS telah berkongsi 2 topik berikut berkenaan pelaksanaan platform MOODLE:
1. Dashboard Pelaporan Status Kursus
2. Integrasi Moodle dan Sistem Maklumat Universiti

