


Bengkel Training of Trainers (ToT) Pembelajaran Teradun Gantian (PTG)
Bengkel "Training of Trainers (ToT) Pembelajaran Teradun Gantian (PTG)" yang dianjurkan oleh Pusat Pengajaran dan Pembelajaran telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Mac 2024 dari jam 9 pagi hingga 5 petang, di Bangunan Jauhari Tingkat 4. Dalam bengkel PTG tersebut, tiga sesi telah diperuntukkan, dengan taklimat disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr. Mohd Hafiz bin Abdul Hassan dari Bahagian Inovasi dan Pembelajaran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Tujuan utama bengkel ToT ini adalah diadakan untuk memastikan penyampaian maklumat yang tepat berkenaan bagaimana pelaksanaan PTG ini boleh dijalankan. Selain itu, beliau juga turut berkongsi pengetahuan dan pengalamannya di USIM dalam menjalankan PTG ini kepada semua peserta bengkel di UPNM. Salah satu inisiatif intipati dalam bengkel ini adalah memperbaharui kemahiran pensyarah untuk melaksanakan PTG dalam pendekatan pembelajaran dan pengajaran untuk jadual 4 (Table 4) bagi kursus yang mereka anjurkan.