
Mesyuarat CTL Bilangan 1/2024
Mesyuarat CTL Bilangan 1 telah diadakan pada 6 Mac 2024 di bilik mesyuarat Pejabat TNC (AA). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah CTL, Prof. Madya Ts. Dr. Norshahriah binti Abdul Wahab, bersama Ketua-ketua Eksekutif CTL (Wakil Fakulti). Tujuan mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk merangka perancangan seterusnya bagi tahun 2024 dalam melaksanakan aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Agenda mesyuarat ini adalah untuk memperkukuhkan CTL bagi tahun 2024 dan pengemaskinian skop tugasan/TOR bagi Ketua-ketua Eksekutif (Wakil Fakulti). Selain itu, takwim dan gerak kerja InTeLeX serta pelaksanaan ODL dan webinar sepanjang tahun 2024 turut diselitkan di dalam mesyuarat ini.